Hubungi Kami

Sekretariat
Penguin Masuk Kampung

d/a
Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, 71350 Kota, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus

Emel:


Latarbelakang

Projek ini adalah suatu inisiatif untuk membawa perisian sumber terbuka ke peringkat akar umbi. Secara realitinya, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa penggunaan perisian sumber terbuka ini masih bersifat eksklusif apabila dipandang secara harafiah. Apakah keistimewaan perisian sumber terbuka? Perisian sumber terbuka ‘membuka’ peluang dan ruang individu serta masyarakat untuk mengembangkan potensi diri.

Projek-projek perisian sumber terbuka adalah projek bertaraf dunia. Oleh itu wujud suatu bentuk perkongsian maklumat dan pengetahuan serta bentuk kerjasama secara maya dan langsung di peringkat global di dalam pembangunan projek sedemikian yang memberi manfaat kepada pesertanya. Ini adalah suatu peluang yang perlu digarap, diperhalusi dan ‘dinikmati’ bersama semua golongan masyarakat.

Di atas kesedaran inilah, langit yang menempurungi golongan-golongan elit pembangun dan pengguna perisian sumber terbuka harus dibuka sesuai dengan semangat perisian sumber terbuka itu sendiri. Malang sekali jika telaga emas ini tidak dikongsi dan dimanfaatkan bersama dengan masyarakat setempat terutamanya golongan-golongan belia desa dan pelajar-pelajar sekolah.

Hebahan

Siri Motivasi
Penguin Masuk Kampung 2010

14 Ogos 2010 @ Ulu Gadong